First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut
First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut

First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut

Panglima Laut Pertama dan Ketua Turus Tentera Laut (1SL/CNS) atau First Sea Lord and Chief of Naval Staff (1SL/CNS) ialah ketua profesional Tentera Laut Diraja British dan keseluruhan Perkhidmatan Laut; pada asalnya gelaran tersebut ialah First Naval Lord. Konsep profesional "First Naval Lord" telah diperkenalkan dalam tahun 1805 dan gelaran First Naval Lord telah ditukar kepada "First Sea Lord" diatas pelantikan Sir Jackie Fisher pada tahun 1904. Dari tahun 1923 keatas, First Sea Lord merupakan anggota Jawatankuasa Ketua Turus; beliau kini duduk dalam Majlis Pertahanan dan Lembaga Admiralti. Panglima Laut Pertama terkini ialah Laksamana Antony David Radakin (dilantik Jun 2019) dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Operasi Tentera Laut AS dan Panglima Tentera Laut Malaysia.

First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut

Tempoh jawatan Tidak tetap (lazimnya 4-5 tahun)
Pembentukan 1904
Laman sesawang Official Website
Pemegang sulung John Fisher, Baron Fisher Pertama
Pelantik Atas nasihat Setiausaha Pertahanan kepada Perdana Menteri. Diperkenankan oleh Baginda Ratu